Thursday, 3 October 2013

Tujuan dan Kegunaan Perisian dalam komputer



Perisian Virus Scanning

Pengguna dilarang membuang, memindaatau menambahsebarang
perisian yang telah di masukkan kedalam komputer untuk kegunaan
mereka. Sebarang pindaan atau pertambahan perisian hanya boleh dilakukan oleh
kakitangan Bahagian Sistem Maklumat atau pembekal
yang dilantik. Ini bagi mengelakkan komputer tersebut mengalami
masalah atau kerosakan.

Pengguna juga dilarang memuaturun (download) sebarang perisian atau
‘screen server’
daripada internet kedalam komputer yang dibekalkan. Ini
bagi mengelakkan berlakunya penyebaran virus,
‘spyware’dan sebagainya.

Bagi tujuan keselamatan dari ancaman virus dan sebagainya perisian
antivirus akan digunakan ialah Symantec Norton Antivirus, AVG Anti
Spyware dan sebagainya yangmana Bahagian Teknologi Maklumat
rasakan perlu dimasukkan mengikut perkembangan semasa.
Bahagian Teknologi Maklumat berhak membuang mana-mana perisian
yang dirasakan tidak perlu berada didalam komputer yang mana boleh
membebankan kelajuan sesebuah komputer atau perisian yang dilarang
dimasukkan seperti perisian untuk sembang (internet chatting) dan
sebagainya.

Bahagian Teknologi Maklumat juga akan menyelaraskan program
‘screen server’bagi semua komputer supaya menjadi seragam.
Pengguna tidak dibenarkan untuk mengubah atau membuang ‘screen server’
yang telah ditetapkan ini.







Disk Defragmeter
‘Disk Defragmenter’ berfungsi untuk menggabung dan menyusun atur fail-fail di dalam cakera keras anda. Penggunaan ‘disk defragmenter’ ini
dapat memberi kemudahan kepada penguna untuk membuka dan
memasuki fail anda dengan lebih mudah dan cepat.

Perkara yang kedua terpenting ialah menyediakan salinan bagi setiap data penting (backup). Langkah ini penting bagi menyelamatkan data yang amat berharga dalam komputer anda yang kelak anda tidak mahu menyesal setelah kehilangannya.

-Maka, langkah backup ini merupakan salah satu kemestian yang perlu anda lakukan. Kekerapan langkah backup ini juga bergantung kepada penggunaan komputer anda. Andai komputer anda bertindak sebagai sebuah pelayan (server) atau sebagai sebuah komputer studio, mungkin kekerapannya meningkat kepada seminggu sekali. Sebaliknya jika komputer anda hanya merupakan sebuah komputer peribadi yang digunakan untuk tujuan gaming dan online, mungkin kekerapan backup hanya perlu sekali pada setiap tiga bulan. Menggunakan backup utility, anda boleh memilih untuk backup keseluruhan sistem atau hanya beberapa fail penting.







Perisian Screen Capture
  By Rath | Sharing

Perisian Screen Capture

Sejak kebelakangan ini, pemasaran video semakin popular di kalangan usahawan internet. Bukan sahaja video memudahkan prospek mengenal sesuatu produk dengan lebih efektif, ia juga didapati dapat menarik minat lebih ramai pembeli berbanding surat jualan atau perkongsian informasi berbentuk teks. Selain itu, gambar dan video mudah dihasilkan dengan hanya menggunakan perisian screen capture untuk merakam skrin yang boleh didapati daripada internet.

Entry ringkas kali ini saya akan kongsikan link dan sedikit info tentang beberapa perisian screen capture untuk tujuan mengambil gambar atau merakam video, antaranya ada yang berbayar dan ada juga yang percuma. Pilih mana yang anda suka.. :D

Perisian berbayar

1. Snagit (www.techsmith.com/snagit.html) – perisian ini boleh menangkap gambar, menilai warna, mainan video atau klip video. Ia juga mempunyai kapasiti untuk menyunting gambar atau video, di samping ia mudah digunakan. Melalui satu kajian online, perisian ini pernah memenangi kategori perisian screen-capture pilihan utama pengguna. Ia boleh didapati pada harga mulai $44.95.

2. ScreenHunter Pro (www.wisdom-soft.com/products/screenhunter_pro.htm) – ia boleh menangkap gambar, objek, keseluruhan skrin, laman web dan banyak lagi. Ia juga mempunyai ciri-ciri untuk suntingan bagi menambah baik atau dan membaik pulih gambar dan video itu tadi. Ia amat sesuai untuk penyediaan persembahan, nota kuliah, tutorial dan sebagainya. Harga untuk mendapatkannya bermula daripada $29.95.

3. HyperSnap (hypersnap.hyperionics-technology-llc.fileflash.com/) – perisian ini mudah digunakan dan ia mempunyai beberapa fungsi suntingan dan pindaan gambar dan video. Ia juga membolehkan anda mencetak dan berkongsi video yang dihasilkan hanya melalui perisian ini sendiri. Ia boleh didapati pada harga mulai $39.95.

4. Ashampoo Snap (www.ashampoo.com/en/usd) – perisian ini memudahkan kerja-kerja menangkap gambar atau aktiviti skrin dan kemudian menyunting gambar atau video tersebut. Anda boleh mengubah saiz, meminda, atau memotong hasil kerja tadi, sebelum mendapatkan hasil yang sempurna. Harga untuk mendapatkannya bermula daripada $19.99.

5. FullShot (www.inbit.com/fullshot.html) – perisian ini boleh menangkap gambar termasuklah skrin, tetingkap, objek, dokumen dan sebagainya. Permukaannya yang ringkas lazim menjadi pilihan pengguna di samping fungsi-fungsi suntingan yang baik. Walaubagaimanapun, ia tidak dapat merakam video yang menunjukkan aktiviti skrin. Ia boleh didapati pada harga mulai $49.95.

6. Capture Wiz Pro (www.pixelmetrics.com/CapWizPro/) – permukaan yang kecil memudahkan proses mengambil gambar di skrin, dan ia juga mempunyai fungsi suntingan untuk menjadikan gambar itu bertambah baik. Namun kekurangan perisian ini adalah ia tidak dapat merakam video. Harga untuk mendapatkannya bermula daripada $39.95.

Perisian percuma

1. Camstudio (www.camstudio.org) – perisian ini yang mempunyai paling ramai pengguna kerana ia mudah dipasang di komputer dan mudah digunakan. Bagi seorang usahawan internet yang baru bermula dengan pemasaran video, disarankan untuk menggunakan perisian ini untuk latihan dan memahirkan diri sebelum berpindah ke perisian lain yang lebih kompleks.

2. Jing (www.jingproject.com) – ia boleh menangkap gambar skrin dan juga aktiviti skrin berserta audio. Sebagai tambahan, ia juga boleh memasukkan kotak teks, anak panah dan sebarang kotak untuk digunakan di dalam rakaman itu tadi. Fungsi ini sudah tentu menambahkan kesan positif kepada gambar atau video itu tadi.

3. Webinaria (www.webinaria.com) – ia juga amat mudah digunakan untuk menunjukkan aktiviti skrin. Kelebihan perisian ini adalah ia boleh menggabungkan rakaman video (contohnya, melalui webcam) dengan rakaman aktiviti skrin. Jadi sekiranya anda sukakan gabungan rakaman webcam dan aktiviti skrin, perisian ini amat sesuai untuk anda.

4. Wink (www.debugmode.com/wink) – ia adalah perisian khusus untuk membuat tutorial dan persembahan skrin dan anda boleh menambah kotak, butang, tajuk dan sebagainya.

5. UltraVNC Screen Recorder (www.uvnc.com/screenrecorder) – ia dilancarkan berdasarkan Camstudio berserta pembaharuan untuk menambah baik fungsi-fungsi sedia ada. Perisian ini fokus untuk merakam aktiviti skrin.

6. BB Flashback Express (www.bbsoftware.co.uk/BBFlashBack_FreePlayer.aspx) – perisian ini adalah versi percuma untuk beberapa perisian lain yang berbayar. Ia boleh merakam video, skrin dan audio. Ia juga mempunyai fungsi untuk berkongsi video ini ke laman-laman web video utama daripada dalam perisian ini sendiri.

Itu saja yang saya sempat kongsikan untuk kali ini. Anda boleh survey banyak lagi yang terdapat di pasaran internet. Anda boleh pilih mana-mana perisian screen-capture ini mengikut kesesuaian dan keperluan perniagaan anda. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment